Wednesday, July 28, 2010

sedikit update

ok, dah lama tak catit sesuatu kat sini....

 
juz nak share sedikit tentang transisi status aku sekarang, daripada pelajar kepada pekerja..

masih sedang sesuaikan diri, memandangkan mood dan perasaan untuk bekerja belum ada sepenuhnya..

harap sangat boleh dapat mood tu secepat yang mungkin...

................................................................................

oh ya, at least ada satu hal yang buatkan aku rasa gembira kebelakangan ni...

aku bakal berkonvo 5 ogos ni..

excited tak payah cakap la bila nak kembali semula ke USM..

dan bertemu dengan rakan2 seperjuangan yang dah terlalu lama dirindui..

oh oh, harap ada waktu untuk b'gosip dan berfoto dengan korang semua..

 

can't wait!!!





                                                        wehoooo~ rindu korang la!!

Saturday, May 8, 2010

aku,mereka dan USM

*Bumi USM sudah sunyi dan  sepi....mungkin aku orang terakhir yang masih belum pulang di aras 1 blok L06, Desasiswa Indah Kembara*


As-salam....

Hari ini merupakan hari terakhir aku berada di USM. Teman-teman lain ramai yang sudah lama pulang. Suasana USM yang kini mula sunyi membuatkan diri ini sudah tidak sabar hendak pulang ke rumah. Walaupun sebenarnya jauh di sudut hati aku agak sedih mahu tinggalkan tempat aku menimba ilmu selama tiga tahun ini.

Masakan tidak, dalam tempoh tiga tahun ini USM telah mengajar aku banyak perkara yang mungkin tidak akan aku pelajari di tempat lain. Mendapat tawaran belajar di USM sebenarnya boleh dikatakan antara pencapaian terbaik dalam hidup aku memandangkan USM adalah universiti tempatan impian aku. Syukur kepada Tuhan kerana memberi aku kekuatan dan kesempatan untuk terus menimba ilmu walaupun aku hampir2 mengalami saat gelap dalam hidup aku suatu ketika dulu....Alhamdulillah...

Dan sekarang aku masih menanti peluang pekerjaan. Satu temuduga kerja telah terlepas...tapi bagi aku, insyaAllah rezeki ada di mana-mana. Yang penting, perlu berusaha dan jangan putus asa! Pastinya segala ilmu yang aku perolehi sepanjang di USM akan dipraktikkan bagi menempuh alam pekerjaan kelak. Tak mungkin akan aku lupakan penat jerih para pensyarah yang mendidik aku...Terima kasih kepada mereka kerana telah mengajar aku menjadi manusia.



Ana, Nuja, Lin....kalian adalah teman pertama yang aku kenal di bumi USM dan memori terakhir aku bersama teman-teman di Penang juga adalah bersama kalian. Love u guys so much!!! Jangan lupa reunion kita nanti!


Tak lupa juga kepada Nik yang selalu bersama-sama aku tika menjalani kehidupan sebagai pelajar di USM ni...Love u too Nik!!


Teman-teman J dan coursemateku sekalian, ex2 rumateku yang baik2 (Yaya, Wani, Farahin, Mila)...dan semua yang aku kenali sepanjang di USM...

Aku sayang kamu semua...Aku doakan semoga kamu semua bisa mencapai impian masing-masing. Jumpa di konvokesyen nanti!!




Ikhlas,
Syida.